top of page

KISAH KAMI DI
QESOOMA CREATIONS

... bila hanya kata-kata tidak memadai, sampaikanlah melalui Qesooma ...

Itulah tagline kami, kami ingin bantu untuk sampaikan rasa cinta, kasih dan sayang kepada seseorang yang diingini...

​

Di Qesooma, kami menyediakan produk gubahan bunga tangan, kotak hadiah dan bakul buah. Istimewa hanya di Qesooma, kami boleh hasilkan ia mengikut kehendak pelanggan (custom-made). Kami akan cuba sedaya upaya untuk menghasilkan impian yang anda inginkan.

​

Kami, Qesooma beroperasi sepenuhnya dari rumah (home-based product) yang terletak di Taman Peringat Putra, Melor, Kelantan. Kenapa kami memilih nama 'Qesooma' sebagai nama perniagaan kami adalah kerana maksud di sebalik 'kesuma' itu sendiri. Kami menukar ejaan dari 'Kesuma' ke 'Qesooma' kerana menginginkan kelainan.

​

'Kesuma' mempunyai maksud yang cukup indah. Ia mempunyai beberapa maksud seperti bunga dan perempuan yang cantik. Dari maksud tersebut, ia amat sesuai dengan perniagaan kami kerana kami menjual gubahan bunga dan disebalik perniagaan kami ini terdiri dari kaum Hawa sahaja.

​

Kami berniaga sepenuhnya atas talian dan kami mempunyai beberapa akaun sosial media seperti instagram, facebook page dan tiktok. Ketiga-tiga sosial media itu hanya digunakan di bawah satu nama sahaja iaitu @qesooma.

​

Untuk maklumat yang lebih lanjut, boleh email kami ke qeaooma@gmail.com atau hubungi sahaja kami di talian 01157798509.

photo_2022-11-23_10-09-06.jpg
bottom of page